Saturday 15 October 2011

Seminit bergelar cikgu pendidikan khas.

"Destinasi y dituju tak penting,apa yang penting,pengalaman y tak ternilai y kita perolehi sepanjang perjalanan menuju ke destinasi!"

Seminit bergelar cikgu untuk anak2 khas di skpp buat aku tertanya-tanya,layakkah aku menjadi bakal tenaga pengajar bagi anak2 istimewa seperti mereka?? 
sepanjang dua hari aku bersama seorang teman seperjuangan berada dalam kalangan anak2 istimewa di skkp,semenjak itu jugak terasa semakin bersemangat nak mengharungi perjuangan y sukar ini.Mengapa?

Ramai teman2 bertanya,"kenapa pilih pendidikan khas?"..."kenapa tak pilih bidang lain?"...banyak lagi soalan y pernah di soal oleh teman2...bkn saja teman,malah ada juga sanak saudara...spupu spapat...jiran pun ada tanya soalan y sama.
Pada mulanya aku rasa macam tak tahu apa nak jawab.Sehingga sekarang baru aku rasa yakin untuk jawab segala soalan y diajukan.
Aku amat-amat-amat yakin pada apa sahaja rezeki y Allah kurniakan pada aku...secara ringkas,apa y Allah beri pada aku adalah pemberian y amat bermakna dan ada sesuatu disebalik pemberian tersebut.Aku pernah berfikir kenapa aku y serba kekurangan dari segi kesabaran di letakkan oleh Allah ke bidang y sebegini??sepatutnya aku perjuangkan bidang y aku minati sejak kecil...sangat jelas aku lebih cenderung dalam bidang y berkaitan dengan seni...Namun...
Alhamdulillah jawapannya jelas ada pada diri aku sendiri...Aku rasa umur 21 tahun bukanlah ukuran untuk mengatakan y seseorang itu sudah mengenali dirinya.Sebenarnya masih banyak hal-hal atau perkara2 dalam diri y kita tidak dapat melihatnya dengan mata...sekalipun dengan mata hati!mungkin setiap orang berbeza,namun bagi aku,aku akan merasa diri aku benar2 berguna hanya apabila aku memanfaatkan diri aku pada seseorang y memerlukan...secara ringkas,aku suka berbakti...bukan dibuli!Tetapi...Aku suka melakukan kerja2 y boleh membantu orang lain pada masa y sama aku juga merasa puas akan apa y aku lakukan!itu saja...
Pada masa y sama aku ingin merubah diri aku untuk menjadi lebih baik sepanjang kehidupan didunia ini. NAMUN...perubahan bukanlah sesuatu y mudah dilakukan seperti menghalau lalat y hinggap di atas muka!perubahan adalah sesuatu y sukar...roh serta jasad harus bekerjasama...
Semasa aku berada di kelas pendidikan khas tersebut,keadaan agak tak terkawal...sebabnya guru pendidikan khas banyk terlibat ngan latihan rumah sukan.hanya dua orang guru aja ada dalam kelas bersama dua orang pembantu. cikgu bibi campur sorang pembantu sedang sarat mengandung...alahai...kesiannya aku tgk...manakan nak handle budak2 ni lagi...ramai pulak tu...kalau tak salah aku jumlah pelajar 20 lebih...macam tongkang pecah...peliknya aku tak rasa penat nak layan budak2 ni.
macam2 perangai...ada y gigit kawan...ada y rebut kertas...ada y gulung habis semua kertas y dia jumpa...ada y kosek2 bag aku...ada y suka belek butang tudung aku...tak kurang ada y korex2 hidung sapu kat baju aku...alahai...bising tu takyah cerita la...macam pasar!huhu...terdetik dalam hati aku..."kuat bermasyarakat tol budak2 ni...kalah wakil rakyat!"...haha.Tergelak aku sorang2...linda pun perasan. itu y aku catat...y tak catat?korang fikir2lah sendiri yea...susahnya nak handle budak2 ni...y pastinya kebanyakkan mereka ni,hanya boleh ikut arahan dalam 5minit je...lebih dari tu?maksud aku kita kene selalu peka ngan setiap apa y mereka lakukan...mereka perlukan banyak perhatian...melebihi kanak-kanak biasa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...