Sunday, 25 March 2012

aku panggil dia adik...tapi dia...

Cik Oh! | 04:44 |

bas rosak! aduhhh...rosak pulak...semput2 pakcik bas tu cuba jugak menggerakkan bas mara linear merah ni. Selalu aku naik tak pernah pun uat masalah. Jam kat tangan dah pukul 1.45 ptg dah. 
Kat tempat duduk belakang aku ada sorang budak perempuan. Orang kelainan upaya. Dia dah merengek-rengek sebab panas. tiba-tiba ditariknya tudung aku dari belakang.adei...geram. Nak marah...tapi faham je.huhu. Mak dia marah2 sebab duduk tak diam. Maklumlah bas rosak...mestilah panas sbb ekon pun terhenti.
Aku pandang tepi...ada sorang budak perempuan berpakaian sekolah. Comel.
Dalam 15 minit lepas tu...bas dah boleh gerak2 sikit...pelan gila. Aku ni dah risau dah. Nak balik peneng ni...
Akhirnya pakcik bas tu terpaksa menurunkan kami kat tempat menunggu bas.aku pun tak berapa jelas kawasan tu. Aku turun.Budak perempuan yang comel tadi pun turun gak...laju dia jalan...aku blur2...taktau nak p kemana...
dan...
aku panggil dia...
"Adik..." tak dengar kot. aku panggil lagi...
"dik..." masih tak berpaling...Lagi sekali aku panggil dia.
"adik...ooo adik!" senyap lagi.
aku hairan je.last2 aku lari kejar dia. aku potong dia dari tepi.
tiba-tiba...
dia angkat tangan buat macam tak tahu...
tahulah aku...
dia bisu.
kami jalan sama2...
dia yang tunjuk jalan kat aku.hehe.malunya!
aku serba salah nak tegur.
sia-sia aku jadi cikgu praktikum kat sekolah. belajar ambik major pendidikan khas pendengaran! tapi tak ingat baik macamana nak sign language!
sedihnya...
aku cuit bahu dia.
aku buat sign "saya cikgu oku"
dia senyum.
tiba-tiba dia sign laju2.mesti dia ingat aku terer sign! Aku lak tergelak. 
aku buat isyarat "saya tak faham."
dia angguk.
lepas tu aku sign "terima kasih"
kami berpecah jalan...
dia lambai-lambai aku.
teruk aku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...