Sunday 22 July 2012

oh puasa!

ermmm. Selamat berbuka puasa buat semua. ohhh, sedihnya! berbuka seorang diri di rumah sewa! famli di kampung mesti suka berbuka ramai2!moga Allah permudahkan jalanku sehingga tamat tugas sebagai guru ganti ni.

Dunia Baru!

Ini Dunia Baru aku sekarang! menjadi guru ganti bagi kelas pendidikan khas di pulau pinang. Entahlah...sejak umur semkin meningkat ni, rasa macam perlu transform diri untuk menjadi seorang individu yang lebih baik. Senangkah? nope! sangat sukar...kenapa? kadang-kadang aku terfikir...orang lain rasakah macam apa yang aku rasa bila umur semakin meningkat naik. memanglah orang kata umur 24 tu masih muda....tapi aku rasa susah nak menyesuaikan diri dengan umur sekarang.pelik kan....huhu. seolah-olah macam sedang mencari identiti diri yang baru...cewah! tapi ic lom tukar baru lagi.ermmmm.haha.

Sunday 6 May 2012

Gila felt!


keychain ni aku namakan "lala" dah siap! y lain2 masih dalam pembikinan...

Adudu....haha. Bulan ni bulan felt kot. hari tu tengok kak ila ppm buat kasut guna kain felt. Tiba-tiba rasa nak buat jugak...tapi nak buat benda lain. nak buat bantal kat im letak dalam kereta...tapi dah terbalik...bantal belum siap udah jadik benda lain! haha.

mulanya, suka-suka buat keychain guna kain felt ni...bagi kat shu. entah bagaimana entah macam mana...kawan-kawan dia plak berminat....then, bermulalah bisnes kecik2 tanpa niat dalam bidang kain felt2 ni.

tup tup...sebab tak sempat nak buat kat umah...bawaklah buat kat umah sewa...tup tup lagi...ai, banyak tup2.haha..kak nor n kak elli berminat pulak tengok keychain merapu aku tu. kak nor kata "imah, kalo kita juai untuk hari guru nak?bole dapat dana untuk tabung guru nih..."

aku pun ape lagi...sengih la tunjuk gg.hahaha.

kain felt dah cari kat kedai handikraft a.star...pendek kata...semua bahan2 yang diperlukan telah dibeli dan modal penuh disumbangkan oleh....jeng3!
datin kita...cikgu maria merangkap kak aku lah...dia cakap "nanti untung bisnes bayar balik..." tapi aku cakap "nanti untung buat2 lupa...haha"...tak bole belahhh.

siang malam pagi petang asyik belek mende alah ni je. sampai mak njang kata "tula..sapa suroh cari pasai buat bisnes rumit2!" haha.

aku kena siapkan tempahan keychain untuk 160 orang sempena hari guru ni. aduyaii....mesti siapkan sebelum 18 mei 2012 nih! caiyok2!


Sunday 25 March 2012

aku panggil dia adik...tapi dia...

bas rosak! aduhhh...rosak pulak...semput2 pakcik bas tu cuba jugak menggerakkan bas mara linear merah ni. Selalu aku naik tak pernah pun uat masalah. Jam kat tangan dah pukul 1.45 ptg dah. 
Kat tempat duduk belakang aku ada sorang budak perempuan. Orang kelainan upaya. Dia dah merengek-rengek sebab panas. tiba-tiba ditariknya tudung aku dari belakang.adei...geram. Nak marah...tapi faham je.huhu. Mak dia marah2 sebab duduk tak diam. Maklumlah bas rosak...mestilah panas sbb ekon pun terhenti.
Aku pandang tepi...ada sorang budak perempuan berpakaian sekolah. Comel.
Dalam 15 minit lepas tu...bas dah boleh gerak2 sikit...pelan gila. Aku ni dah risau dah. Nak balik peneng ni...
Akhirnya pakcik bas tu terpaksa menurunkan kami kat tempat menunggu bas.aku pun tak berapa jelas kawasan tu. Aku turun.Budak perempuan yang comel tadi pun turun gak...laju dia jalan...aku blur2...taktau nak p kemana...
dan...
aku panggil dia...
"Adik..." tak dengar kot. aku panggil lagi...
"dik..." masih tak berpaling...Lagi sekali aku panggil dia.
"adik...ooo adik!" senyap lagi.
aku hairan je.last2 aku lari kejar dia. aku potong dia dari tepi.
tiba-tiba...
dia angkat tangan buat macam tak tahu...
tahulah aku...
dia bisu.
kami jalan sama2...
dia yang tunjuk jalan kat aku.hehe.malunya!
aku serba salah nak tegur.
sia-sia aku jadi cikgu praktikum kat sekolah. belajar ambik major pendidikan khas pendengaran! tapi tak ingat baik macamana nak sign language!
sedihnya...
aku cuit bahu dia.
aku buat sign "saya cikgu oku"
dia senyum.
tiba-tiba dia sign laju2.mesti dia ingat aku terer sign! Aku lak tergelak. 
aku buat isyarat "saya tak faham."
dia angguk.
lepas tu aku sign "terima kasih"
kami berpecah jalan...
dia lambai-lambai aku.
teruk aku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...