Tuesday 28 June 2016

Bila suami isteri pjj..haha





Camnila...haha.
Bila tiba2 suami kene urus segalanya...
Ima harap abg tak tensyen tau!😘😄

posted from Bloggeroid

Turun tanda


Alamak2..
Adik dah nak keluar ke..
Sempat raya ke tak ni..

posted from Bloggeroid

Sunday 19 June 2016

Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak.

Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah..

Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.

Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.

Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.

Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah...

Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah..

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.

Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak. Bila sampai rumah sunnah beri salam dan peluk atau cium ahli keluarga. Anak-anak dahagakan pelukan dan ucapan sayang. Mak anak yakni isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan dan ucapan sayang terima kaseh dari suaminya. Begitu juga kita kan abang. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yang sedang belajar nak jadi baik.

Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta dan sayang..begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya. Esok adiknya pun akan saling mencintai dan menyayangi kakak dan mak ayahnya. Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggu buat mak ayah. Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.

Suami isteri yang saling membantu. Saling mencintai. Saling menghargai akan membuat anak-anak pun jadi begitu. Janganlah pernah bergaduh depan anak-anak. Nanti anak kita akan jadi stress dan mereka akan jadi hipokrit. Jangan paksa anak kita terpaksa memilh antara kedua ibubapa. Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu dan 2 arah tujuan. Kerana itu biarlah tidur sekali dan mimpi pun sama.

Bila isteri marah anak. Jangan lawan atau marah isteri depan anak. Bila isteri marah kita bantu apa yang patut. Kadang-kadang masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh dan jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan. Kita tolong jaga 2 anak lagi.

Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang-kadang tengok tv atau hp. Anak-anak dah sepahkan rumah ada yang mengacau di dapur. Mereka kunci jam Mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan dan dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.

Mereka bukan marah anak sebenarnya abang. Seperti anak-anak. Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang ibubapanya. Lagi mereka kena marah dan jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian..buat macam-macam

Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik dan lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal dan ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah dan kuat mengamuk dan bermasam muka..mula minta macam-macam. Cemburu lain macam. Sangka macam-macam sebab hati mereka dah luka.

Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta'lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah. Cuba bawa isteri 3hari belajar iman. Berada di jalan Allah. Pergi umrah. Ziarah Kaabah. Ziarah Rasulullah saw. Solat malam sama-sama. Bersyukur kunci segalanya. Sentiasa sabar. Lihat orang yang lebih susah dari kita.

Ya Allah sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yang baik-ebit lew

posted from Bloggeroid

Andai suami tahu..

OHSEM PAPA

Sumber Informasi Keluarga Anda

ANDAI SUAMI TAHU…BETAPA SAYANGNYA ISTERI KEPADA MEREKA…



Wahai Suami…..JAGA ISTERI MEMANG SUSAH…

Memang penat, memang rasa rimas, suka membebel, suka marah-marah, suka merajuk…tapi ketahuilah mulut yang bising itulah yang banyak menenangkan kamu….Mulut yang bising itulah memeriahkan rumah kamu…mulut yang bising itulah yang banyak menyedarkan kamu dan individu yang kuat merajuk itulah mendidik rasa sabar kamu. Wanita yang bising itulah yang banyak membelai kamu. Wanita yang bising itu jugalah yang banyak memeluk kamu dan wanita yang bising itulah banyak bersama kamu tanpa mengira susah atau senangnya kamu. Tanpa mengira betapa dia terluka dengan cara layananmu….

Nasihatku, “Hargailah isteri seperti seorang ibu” kerana kamu akan mengerti bertapa berharganya mulut bising itu ketika kamu kehilangannya dan ketahuilah kamu pasti akan merindui bebelannya…

 

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

 

Andainya lelaki tahu..

 

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

 

Andainya lelaki tahu..

 

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

 

Andainya lelaki tahu..

 

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

 

Andainya lelaki tahu..

 

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

 

Andai lelaki tahu..

 

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

 

Andai lelaki tahu..

 

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

 

Andai lelaki tahu..

 

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

 

Andai lelaki tahu..

 

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

 

Andai lelaki tahu..

 

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

 

Andai lelaki tahu..

 

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

 

Andai lelaki tahu..

 

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

 

Andai lelaki tahu..

 

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

posted from Bloggeroid

True!


posted from Bloggeroid

Duhai hati..


posted from Bloggeroid

Saturday 18 June 2016

Istana takeshi


Sukaa nau imani tgk cte istana takeshi ni.dok diamm je..haha😄😁

posted from Bloggeroid

Friday 17 June 2016

Sunday 12 June 2016

Sunday blues


Layan blues la cenggini..
Bdk sorg je mai?haha
Y mai pn naimah ja..😙

posted from Bloggeroid

Monday 6 June 2016

Ramadhan pertama 2016


Kali ni sambut ramadhan bertiga.he.ehem2,termasuk ayh empat lerr..
Cepatnye masa berlalu..

posted from Bloggeroid

Sunday 5 June 2016

Layan Dobi sat na..



Mak enon kat blakang tu pun nk ikut jgk..
Mak enon y kat dpn dah start bam bam dah.heheh.penangan im feron kot.
posted from Bloggeroid

Im feron 7 doses


Adoi..tinggai lg 2 hari..
Menahan sekse penangan im feron..
Ibu kan bertahan
Untuk anak2 ibu.😊

posted from Bloggeroid

Thursday 2 June 2016

Deep! Deep!

Bila kita rasa kita terlalu sempurna,terlalu bnyk berkorban..akan timbul riak dlm diri tanpa kita sedari..

Percayalahh..
Duit bukan segala-galanya..
Tak usah mendabik dada mengatakan akulah yang paling berduit dan aku lah yang paling banyak dan terlalu lama berkorban didalam keluarga!!
Kerana mengungkit akan sesuatu yang telah kita lakukan itu boleh memusnahkan segala-galanya😔

Muhasabah diri.

posted from Bloggeroid

Noted.


posted from Bloggeroid

Jadual mengandung!


😝tipuuu..haha

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...