Monday 3 September 2018

Selamat ulangtahun kedua dhiya nur imani

Dhiya turn 2✌
Dhiya dah 2 tahun, tapi hakikatnya perangai dah sama level dgn kakaknya nurul iman😁

Masuk aje dua tahun terus berubah perangai....
Kuat merajuk,
Kuat melawan,
Suka buat bunyi manja2 macam anak kucing.haha😂
Suka bergaduh dengan kakak.
Ibu dah mcm refree dah😆
Dulu seronok layan komik eyeshield21.
Sekarang ibu mcm coach dlm cite tu lahh😉
Bezanya komik dah terlepas nak baca😆terlepas episod y ntah2 dah berapa jilid buku dahhh...hihi

Doa ibu semoga dhiya membesar sihat sempurna,bahagia,gembira dunia akhirat sama macam kakak😊

Ibu sentiasa allout dalam membesarkan anak2 ibu.
Kalau ada y terkurang mungkin tu kelemahan yang ibu tak dpt nak elakkan sayang...

Semoga anak2 ibu membesar jd berguna macam ibu sekarang.amin💙

Mungkin iman dan dhia ank2 girl ibu y terakhir...siapa tahu kan?😊
Mungkin y menyusul lps ni semuanya boboi....haaaa.

Jeng jeng jeng

Tuesday 12 June 2018

Colmar tropicale,bukit tinggi.


Dah lama sangat nak ngepost pasal tempat ni.
Teringin sangat nak pergi.husband bawak ler...

Cuma nak post pasal gambar2 sekitar kat sana je.
Cerita saya bleh rujuk gambar😁
Cerita cara ibu anakdua yang masih kecil cenonet.















Cantik tempatnya.sesuai untuk orang yang nak relax dan inginkan ketenangan gitu...tapi tempat ni bukan untuk shopping yang pastinya😀.

Kaki selfie,memang akan sukaaaa😊😂

Wednesday 21 March 2018

Apa yang perlu untuk masuk rumah?


Dulu masa mula2 dapat kunci rumah tetiba jadi blurr...taktau nak buat apa.😂
Lepas tu mula la google sana sini tengok kos nak masuk rumah kan.hihi
Baru kita sedar bertapa besar jugak kos nak masuk rumah baru.....

Apa yang saya dan suami buat?
Kami check rumah dulu.tgk apa yang rosak untuk buat penambahbaikkan.buat aduan yang mana rosak cacat pada pemaju.tunggu pemaju repair...dah rasa semua complete barulah berani survey barang2 rumah.

Antaranya...


Kabinet dapur yang utama.kami buat yang bawah dulu.yelah,mana tahu akan datang kita ada modal lebih nak pecahkan semula untuk tambah besarkan ruang dapur.ye tak?😁

Kemudian...
Lampu,kipas,loceng,lampu pagar,lampu porch..makin besar rumahnya,makin besarlah kos nye kannn.





Seterusnya,pagar pintu rumah dan tingkap semua wajib buat untuk keselamatan hokey!
Rumah kami teres,so kos rm2570 gtu ha...kalau semi D mahal lg gamaknye ye.apatah lg banglo..ikut jenisnya dan design okey.

Seterusnya lagi...benda paling penting kena buat dan tambah plug2 dekat tempat2 yang penting dan perlu buat.contohnya plug mesin basuh.kalau tak buat kene g dobi dulu lah😉
Paip kene tambah untuk luar rumah.penting tu.nampak macam remeh ye dak...point2 aircond lg..fuhhh.banyak jugakk...

Dah sattle semua baru rasa sedap nak duduk.
Nak duduk pulak jgn lupa...kos pasang langsir😁boleh tahan jugak...sama mahal dengan gril😆
Botak botak...untuk keselesaan seisi keluarga wajib buat!he

Penin jugak nak pilih warnanya...last2 pilih hitam.😅

Tuesday 20 March 2018

Nurammas enterprise.



Fuhh.dah siap.paling penting nak masuk pindah rumah baru.pasang dulu langsirnya.tapi kami duduk dulu baru pasang😁
Sebab minggu ni terlalu lah sibuk.banyak program nak kena selesaikan!

Tq nurammas enterprise.segak aihh umah kami depa pasang langsir.cepat pun cepat😄
Here beberapa keping gambar yang ada.
Berpuas hati dengan perkhidmatan mereka!
Kemas dan cantik.










Walaupun rumah time ni sangatlah serabut😂
Barang2 apa pun tak kemas lagi.

Toilet training iman imani❤




Dulu2 pernah buat presentation depan 200 member coursmate.itu presentation...
Nak praktikal kan dengan anak sendiri,ohhh...😂

Mulanya kita sebagai ibu jgn memandang rendah pada kemampuan anak masing2.
Kenapa sy cakap gitu??
Sebab ibu memandang rendah pada iman!ibu ingat iman belum bersedia untuk toilet training ni semua.ibu rasa macam iman still baby yang perlu pakai pampers!😁padahal iman dah bersedia rupanya!

Ibu tgk pada keadaan dan penerimaan sepupu sepapat iman yang lebih tua dari iman,dah boleh toilet training..tp ibu tak percaya anak ibu pun boleh.
Tak apa.ibu cuba😊

Ibu cuba masa iman umur 2tahun 10bulan.
Ibu terlupa ibu tak pakaikan iman pampers...tiba2 iman bagitahu ibu "ibu2,iman nak kencing!"
Hahaha.cepat2 ibu bwk iman ke toilet.elok je iman kencing kat toilet😉
Agak2 dalam dua kali iman nak kencing dan dengan sendiri iman bagitahu ibu nak kencing..
Tapi bila malam,ibu ralit tgk tv dengan ayah.cerita best pulak...terlupa iman asyik bermain...
Tiba2 ayh tanya aikk,air ape ni??😆😆😆😆😆😆😆😆😆😅😅😅😄
Iman cepat2 cakap "maaf ibu".haha
Okeylah tu kan.hari pertama ibu buat toilet training pada iman.
Esok kita buat lg ye sayang.lama2 pandailahh!

Adik?
Ohh,tgu dulu ye adik tak cekap lagi nak terima arahan ibu.he.pakai pampers dulu.😂

Tuesday 12 December 2017

I-city Shah Alam Malaysia

Yeahhh.berjoget kat sini kita mlm ni.😜

Baru check in ptg td.rehat2 kejap.then,dtg i-city y dah agak lain dgn dulu.

Okay,1step masuk i-city mmg dah lain kan.
Jadi kalau dah lain view nya,lain juga harga dan cara enter kan??😁

Mula-mula,kita perlu beli kad dlu hokey...beli lah kad ikut pakej y kita hendak.

Mcm kami,cuma ambil kad topup y isi duit sebanyak Rm100 sahaja.dpt lah tambahan lg Rm30.so,kiranya dlm kad total ada Rm130..Rm130 disini bermaksud point ye..dah beli kad dah boleh main lah nak main mainan ape pun kat dlm ni.nti dorang akan potong duit(point) dlm kad aje.

Permainan pertama y kmi sempat cuba roda gondola ni.sorg 10 point tk slh.kmi 4 org tp bby free jd bru 20point guna😝
Untungnye dtg dgn bby kann...iman dgn dhia under 2 tahun.











Bnyk juga permainan y kmi cuba walaupun bwk bby😳

Mcm funfair time kecik2 dulu.bezanya funfair ni pakai sistem kad😜 untuk tukar token cuma perlu swap sahaja kad kita.kad pulak boleh guna seumur hidup.yang penting boleh kongsi ramai2 1 kad ok...

Wednesday 22 November 2017

campak bertih


Dah masuk hari ke-2 kita d sini.
Hospital pantai sungai petani.

Campak iman masih rancak naik.
Demam pn on off lg.

Tp dia punya aktif..tak torah duduk dlm bilik kena kuarantin.


Makan kemain selera..kalau kat rumah kemain cerewet tknk mkn.

Ibu lynkan aje.
Ibu pun tak tahu mcmane dan dari mana iman dpt campak ni..🙇
Ibu terpaksa tglkn adk pd ibu pengasuh..untk elakkan jangkitan.

Moga iman cepat sembuh.😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...