Percubaan pertama buat cream puff alhamdulillah menjadi.😊
Resepi dari anna qawina.
Bahan cream puff:
-125g butter
-1cwn air (250ml)blh cmpur dgn susu segar kalau mahu
-150g tepung gandum diayak dgn secubit garam
-4biji telur
-1 sdk esen vanilla
Cara:
-Satukan air dan butter dlm periuk pns hngga mendidih
-Masuk tepung gandum dan secubit garam
-Kacau cpt2 sampai adunan tepung tak melekat
-Tutup api
-Masuk dalam mixer
-Putar adunan hingga suam
-Masuk telur satu per satu (4biji telur)
-Masuk esen vanilla
-Pukul adunan hngga kilat dan pekat
-Letak butter pd loyang
-Paipkan ikut saiz y kita mahu
-Renjis puff dgn air agr puff naik cantik
-Bkr suhu 200c 20 hngga 25minit api atas bwh(makin kecil puff makin pendek masa)
-Puff y menjadi akan ringan dan berongga
Ketepikan.
Resipi inti kastad.
-2sdb tpng jagung
-2sdb tpng kastad
-1 1per2 cwn susu segar blh juga guna susu cair dgn air 1:1
-2bji telur
-1sdk esen vanilla
-3sdb gula blh dtmbh kerana inti ni kurang manis
Cara-satukan kesemuanya dalam periuk kacau api sederhana cepat2 hngga masak,likat dan meletup(mendidih).
Kompem jadi.
Selamat mencoba😝