Saturday 15 October 2011

Pemergian Ayah

Sejak jumaat aku dok umah.saja...
blek puasa n terawih ngn mak.Selama empat hari aku kat umah,ayh tak tunjuk apa2 tanda pun...
macam biasa,bila ramai orang kat umah,dia lebih suka tidur dalam bilik. kami dah biasa dengan dia,strok...lumpuh bahagian kanan badan. Sebab strok jugak, ayh dah tak boleh bercakap mcm dulu.

MASIH boleh bercakap...tp dia lupa banyak perkataan. Nak sebut kopi pun dia tak ingt...lucu bila kami ramai2 cuba teka apa yang ayh nak...sebab empat hari aku kat umah...so isnin nak balik usm.

Sebelum balik, aku sempat salam cium tangan ayh lagi...ciap begurau dgn dia "ayh posa dak??"hehe.
Dia senyum pastu ckp "dak..tak larat.." . Aku cakap nak balik peneng, tapi tak macam slalu,ayh tak menangis pun.selalunya dia menangis...
Aku janji ngn shitah nak balik sama2...Ada hikmah shitah lambat n aku tunggu dia kat shahab.Masa atas feri dah nak sampai peneng dalam pulau...aku dapat mesej dari kakak aku chik.Dia kata "ayh dah takda"...terkejut??sangat...sangat...
Aku tak turun feri.terpaksa balik umh semula...spupu ambik kat butterworth sbb dh lewat. Sedih???sangat...sangat..Sampai je umh...dah penuh orang.semua adik beradik dah ada. kak wati ja tak sampai lagi...Aku pandang ayh...lepas ayh kena strok 2005, aku tak penah dgr dia sebut or panggil aku "amah" lagi... Tapi bila aku tgk dia camtu...tu la wajah ayh yang paling aku rindu.nampak tenang...takde dosa.putih...aku cium ayh...buat kali terakhir.sejuk...rasa tak percaya ayh dah takda...
Semoga Allah tempatkan ayh dalam kalangan orang2 mukmin. 
Al-Fathehah...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...